Apakah Penyakit Tibi Itu?

Tibi merupakan sejenis penyakit berjangkit merbahaya yang boleh membawa maut sekiranya tidak mendapat rawatan yang sempurna. Penyakit ini disebabkan oleh kuman Tibi ( Tubercle Bacilli) yang biasa menjangkiti paru-paru. Ia juga boleh menyerang bahagian-bahagian lain badan seperti selaput otak, tulang, kelenjar, buah pinggang dan kulit.

Jika anda ada merasakan tanda-tanda atau gejala seperti di bawah ini, jangan tunggu lagi anda kena buat pengecekan segera ke doktor anda.

TANDA-TANDA & GEJALA PENYAKIT TIBI PARU-PARU

  • Batuk berterusan lebih dari 2 minggu
  • Kahak yang mengandungi darah
  • Demam dan berpeluh lazimnya pada sebelah petang dan malam
  • Susut berat badan dan hilang selera makan
  • Sakit dada apabila batuk atau semasa menarik nafas panjang
  • Mudah letih

CARA JANGKITAN

Kuman tibi disebarkan melalui udara. Pesakit tibi akan mengeluarkan kuman tibi ke udara apabila batuk atau bersin. Setiap individu yang menyedut udara tercemar ini terdedah kepada jangkitan kuman Tibi.

CARA MENGESAN TIBI

Sekiranya anda mempunyai tanda dan gejala penyakit Tibi anda akan diminta:

  • Melakukan pemeriksaan kahak dan atau
  • Menjalani pemeriksaan X-ray di klinik kesihatan atau hospital terdekat.

RAWATAN TIBI DOTS

DOTS (Directly Observed Treatment-Shortcourse) atau Pengawasan Rawatan Jangka Pendek Secara Terus merupakan strategi yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk merawat penyakit Tibi.

Prinsip-Prinsip DOTS adalah:

  • Pesakit perlu mengambil ubat selama 6 bulan.
  • 2 bulan pertama pesakit diminta menelan setiap dos ubat setiap hari dengan disaksikan oleh anggota kesihatan yang terlatih.
  • Pada peringkat sambungan selama 4 bulan pesakit perlu mengambil ubat 2 kali seminggu dibawah penyeliaan seseorang yang dilantik.

PENCEGAHAN

  • Dapatkan suntikan BCG bagi

– Bayi yang baru lahir
– Murid sekolah: darjah 1 ( 7 tahun ) sekiranya tiada parut di lengan

  • Dapatkan pemeriksaan segera sekiranya anda mengalami batuk berterusan lebih dari 2 minggu.
  • Kontek, iaitu keluarga atau individu yang rapat dengan pesakit Tibi hendaklah tampil membuar pemeriksaan.

NASIHAT AM

Banyakkan cahaya matahari masuk kedalam rumah kerana cahaya matahari boleh membunuh kuman Tibi.
Pastikan rumah anda mendapat pengudaraan yang sempurna dengan membuka pintu dan tingkap.
Amalkan cara hidup sihat dan makan makanan yang seimbang.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. —————————————————

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi kami ( whatsapp/sms) Kaknil/Firdaus No . Phone : 0176281787

Spread the love
Suri rumah sepenuh masa dengan 3 cahaya mata yang aktif berblog untuk berkongsi kebaikan untuk semua.

Related Posts

Inspirasi Dan Kata-Kata Motivasi Untuk Berjaya

Sebagai manusia, kita memang tidak lepas dari rasa rendah diri, tak merasa bagus dan tak percaya diri. Apalagi jika apa yang kita lakukan tak begitu menggembirakan hati….

Spread the love

Kisah Rumah Terbuka Kami Di Hari Raya 2023

Assalamualaikum sahabat, tak terasa dah hampir setengah bulan Syawal hari ini. Bagaimana hari raya anda semua? Sempat tak beraya bersama keluarga dan kawan-kawan semua? Macam kaknil sekeluarga…

Spread the love

Idea Menu Sahur Sihat Ala Kaknil Yang Patut Anda Cuba

Tak terasa hampir memasuki minggu kedua kita berpuasa. Apakah anda masih ada idea untuk menyediakan menu sahur sihat setiap hari? Apapun menu sahur anda, pastikan ianya makanan…

Spread the love

3 Bahan Penting Yang Berikan Warna Di Dalam Buah Dan Sayur Yang Anda Ambil Setiap Hari

Buah dan sayur banyak membantu dalam mencegah penyakit dan meningkatkan daya tahan badan. Tetapi tahukah anda bahawa warna pada buah dan sayur juga memberi gambaran kepada jenis…

Spread the love

9 Sebab Kenapa Bisnis Komuniti Shaklee Sangat Best

Sebelum ni Kaknil tak pernah terbayangkan akan menjadi sebahagian daripada komuniti bisnis shaklee. Selepas join Shaklee, baru Kaknil rasa kelainannya ternyata banyak kelainan juga dalam Shaklee ni….

Spread the love

Projek Blog Mega Shaklee 1.0 Banyak Memberi Kejutan Dan Impak Yang Positif

Alhamdulillah akhirnya selesai juga projek blogmegashaklee 1.0 yang berlangsung selama 2 minggu.  Banyak manfaat yang Kaknil dapatkan melalui projek ini. Lama tak menulis menjadikan Kaknil sangat teruja…

Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *