Dalam kemeriahan berhari raya ini, mesti ramai yang mencari tempat beriadah bersama keluarga. Alang-alang bercuti kan? ada yang nak berjalan-jalan di kotaraya, bandaraya, shopping atau juga mungkin ramai yang pergi mandi sungai. Kaknil ada sebuah lokasi tempat mandi Sungai yang paling best di area Batangkali dan sekitarnya. Banyak tempat yang sahabat boleh pergi untuk berkelah dan mandi sungai di area Batangkali. Tapi ada sesetengah tempat tu yang susah nak datang, ada juga yang terlampau mahal. Banyak lah macam-macam ya lagi. Nah kali ini kaknil nak kongsi sebuah tempat mandi yang cukup tenang, airnya bersih dan ada kemudahan untuk bilas mandi, parking selesa dan juga surau yang disediakan. Jadi senang lah kita nak menunaikan sholat tepat masa.

Area tempat mandi ni salah satu tempat yang menurut kaknil amat sesuai untuk keluarga dan harga nya tak terlalu mahal untuk sewa tempat dan parking. Jika dibandingkan dengan tempat yang lain, tempat ini amatlah murah. Areanya pun bersih dan istimewanya ada surau di kawasan sungai tu. Senang untuk kita sholat tanpa melengahkan masa sholat. Bilik air pun bersih. Memang sangat sesuai kalau anda nak berkelah dan mandi sungai seisi keluarga.

Tempatnya tak jauh dari pemandian air panas Ulu tamu. Area pemandian ini di area hulu rening. Di hujung sekali. Sebelumnya kaknil dan keluarga mandi di kawasan terdekat juga hanya sekarang rasa nak tukar tempat sebab nak satu kelainan. Rupanya tempat baru ini rasa lebih best sebab ada surau. Tempat area parking pun mudah. Juga kawasan mandi yang selamat untuk kanak-kanak. Batu besarnya pun tak banyak, kita boleh biarkan anak mandi dengan ceria. Tapi jangan lengah juga ye kawan-kawan, kena sentiasa berwaspada walau apapun keadaannya.

Air sungainya sangat jernih dan batu-batu sungainya kecik dan memperbolehkan kanak-kanak bermain air dengan aman. Ruang untuk berehat pun sangat nyaman dan selamat. Di area tersebut juga ada disediakan bilik mandi dan tandas yang sangat bersih. Anda perlu memasukan wang RM0.50 sahaja apabila sekali masuk. Ada balang disediakan di depan pintu. Tak silap kaknil masa tu ada sabun mandi juga disediakan.

Untuk anda yang nak kesini boleh menghubungi Tuan punya kawasan. Nanti kat bawah kaknil bagi nombor talian yang boleh anda hubungi. Oh ya anda hanya perlu membayar RM3 untuk parking sebuah kereta. Dan RM5 untuk tempat beristirahat. Murah sangat kan? Tak pernah lagi kaknil pergi mandi harga sebegini murah. Ada juga chalet yang disewakan dengan harga lebih kurang RM260 semalam dengan 2 bilik dan ruang masak serta banyak lagi ruangan lainnya. Kalau nak tahu lebih lanjut sahabat kena hubungi tuan empunya tempat ya. Cek nombor talian di bawah nanti untuk hubungi.

Kat sini juga anda boleh membawa peralatan masak dan juga makan. Kalau tak silap kaknil ada juga disediakan peralatan untuk bakar ayam atau ikan. Tapi untuk pastikannya anda boleh terus hubungi tuan punya kawasan ya, ada nombor taliannya kaknil sertakan di bawah.
Baiklah sampai disini dulu coretan kaknil kali ini untuk anda. Nanti ada tempat best yang lain kaknil akan kongsi kan juga untuk anda. Sampai jumpa lagi. Jangan lupa komen ya untuk segala pertanyaan. Jangan lupa untuk sentiasa bergembira bersama keluarga. Jangan lupa jaga kesihatan dan tetap berwaspada dimana jua anda berada. Terima kasih sudi membaca coretan kaknil kali ini.

Anda boleh hubungi talian +601126656865 untuk buat tempahan pondok dan parking kereta anda. Dan anda boleh tanya berkenaan macamaa nak datang kesana. Maaf kaknil lupa nama tuannya. Yang penting ada soalan jangan malu komen entry kaknil ni ye, in sha Allah kaknil akan reply.
Jom Dapatkan Insentif Shaklee Disini dan jadi Pengedar Shaklee Yang Sah.
KakNil/ Firdaus No Phone +60176281787, Agen Shaklee Anda.
Anda boleh hubungi kami juga di Facebook dan juga instagram
#NextLevelBlogging #Blogmegashaklee #ShakleeThrive2023 #ShakleeTriumph2023