Mengamalkan gaya hidup sihat adalah sangat penting untuk kita lakukan setiap hari, kapan sahaja dan dimana sahaja. Tak kiralah kita masih muda mahupun sudah meningkat umur. Amalan gaya hidup sihat patut diamalkan sedari kecil. Oleh itu penting untuk kita sebagai orangtua untuk mengajak anak-anak dirumah juga menjadikan amalan gaya hidup sihat ini sebagai rutinitas harian.

Amalan Gaya Hidup Sihat Penting
Hidup kita di dunia sementara sahaja bukan? oleh sebab itu penting untuk kita sentiasa sihat agar kita dapat beribadah kepada Allah Swt dengan khusyuk dan fokus. Juga dapat menjalankan kegiatan harian dengan sihat dan lancar. Apapun yang kita lakukan pasti akan berpengaruh dengan kesihatan kita. Bagaimana kita akan sentiasa bertenaga dan aktif dalam kegiatan harian kalau tubuh badan kita tak sihat? sudah tentu kita kena perhatikan hal ini. Jadi kena amalkan gaya hidup sihat barulah kita dapat menempah kesihatan yang optimum dan dapat lakukan kegiatan harian dengan lancar.
7 Amalan Gaya Hidup Sihat Yang Perlu Kita Patuhi
- Istirehat yang cukup, tidur yang cukup akan buatkan hari kitalebih bertenaga dan ceria. Dapatkan sekurang-kurangnya masa tidur dalam 8 jam sehari. Jika anda tidak dapat mencukupkan masa tidur ini, ambik masa di siang hari untuk gantikannya agar tubuh badan anda lebih cergas.
- Buat senaman. Membuat senaman minimum 20 minit setiap hari akan bantu anda lebih cergas. Anda boleh berjalan kaki, berjoging di pagi hari mahupun berenang. Anda juga boleh memilih menaiki dan menuruni anak tangga dibandingkan dengan menaiki lift.
- Minum air yang cukup. Pastikan tubuh badan anda terhidrat dan jangan sampai kekurangan cecair, apalagi dalam cuaca yang panas sekarang ini. Pastikan anda membawa botol air minum kemana sahaja anda pergi agar dapat senang anda minum. Pastikan anda minum 8 gelas sehari. Elak minum minuman yang manis dan tinggi gula. Anda boleh amalkan meminum air putih dan juga air buah yang baik untuk kesihatan. Amalan meminum air kelapa juga sangat baik untuk kesihatan.
- Makan makanan yang seimbang dan rendah kolesterol. Anda harus pandai memilih makanan yang akan anda ambil. Pastikan ada menu sihat dalam setiap hidangan. Ada buah-buahan, bijirin, sayuran dan juga protein rendah lemak dan lemak sihat. Pastikan anda dapat nutrisi yang cukup dan elak makanan segera, berminyak dan tinggi kolesterol. Jangan ambil makanan yang manis dan banyak perisa tiruan.
- Elak tekanan dan stress. Buat aktifiti yang anda sukai bersama teman, keluarga dan juga sahabat anda agar anda dapat rasai ketenangan dan kebahagiaan bersama. Jangan sibukkan diri dengan hal-hal yang tak berfaedah. Sentiasa berpikiran positif.
- Elak daripada merokok juga mengambil minuman beralkohol. Tabiat ini tidak elok untuk kesihatan dan akan menjejaskan kesihatan anda.
- Buat pemeriksaan kesihatan pada masa tertentu dan buat temu janji dengan doktor anda untuk mengetahui tahap kesihatan anda. Dan jangan lupa untuk mengambil makanan tambahan seperti Vitamin agar tubuh badan anda tetap sentiasa bertenaga dan ceria sepanjang masa.
Lakukan Amalan Gaya Hidup Sihat Untuk Kita Lebih Sempurna Beribadah Dan Beraktifiti
Jadi jangan anggap remeh dengan amalan gaya hidup anda. Amalan hidup yang kurang baik akan membuat hidup anda merana dan jauh daripada kesihatan. Jangan abaikan kesihatan kita dan orang tersayang. Jika dah terlanjur berbuat demikian, masih ada kesempatan dan peluang anda untuk berpatah balik mulai detik ini. Lakukannya untuk anda dan orang tersayang. Hargai peluang yang Allah berikan dan manfaatkan seoptimum mungkin untuk dapat membantu kita lebih dekat lagi dengan Allah dan dapat lakukan semua amalan dengan keadaan yang sihat bertenaga.

Bayangkan kalau kita tak sihat, bagaimana kita nak beribadah dengan sempurna? oleh itu hargai peluang ini dan jalankan amalan gaya hidup sihat sesegera mungkin. Bukan esok atau lusa akan tetapi detik ini lah masa yang harus anda buat. Kita lakukan amalan gaya hidup sihat untuk dapat laksanakan amalan kebaikan dengan sempurna dan dapat jalankan tanggung jawab kita dengan baik. Mari kita sama-sama lakukannya.
Hubungi Kami Disini Untuk Dapatkan Vitamin Anda Dan Seisi Keluarga
Tak lupa kaknil kongsi kepada anda semua bahwa kaknil adalah salah seorang agen sah produk Shaklee. Produk Shaklee adalah salah satu produk kesihatan yang boleh juga membantu anda dan seisi keluarga untuk dapat mencukupkan keperluan nutrien harian melalui pengambilan vitamin setiap hari. Bagi anda yang kebetulan berada di area Batangkali, Hulu Yam, Bukit Beruntung, Kuala Kubu Bharu dan Genting Highland jangan sungkan dan malu untuk menghubungi kami untuk dapatkan produk Shaklee anda. Kami menyediakan pengkhidmatan Cash On Delivery (COD) untuk anda semua. Anda boleh terus dapat produk yang anda sukai dan hanya hubungi kami di talian yang tertera di bawah ini. Semoga hari anda sentiasa ceria dan sihat sentiasa, aamiin ya Alllah.
Jom Dapatkan Insentif Shaklee Disini dan jadi Pengedar Shaklee Yang Sah.
>>>Klik Disini Untuk Belian >>>Saya NAK Beli Vita-Lize Shaklee Disini<<<
KakNil/ Firdaus No Phone +60176281787, Agen Shaklee Anda.
Anda boleh hubungi kami juga di Facebook dan juga instagram
#NextLevelBlogging #Blogmegashaklee #ShakleeThrive2023 #ShakleeTriumph2023