12 Tips Travel Yang Wajib Anda Tahu

Luas perjalanan kita makin luaslah juga pandangan. Apalagi jika kita nak berjalan ke suatu tempat yang belum pernah kita jejak sebelum ni. Orang kata, orang yang rajin bepergian ni adalah orang yang bijak dan luas pemikirannya. Betul ke? kalau menurut kaknil memang betul lah kata-kata tu kerana kita akan melihat situasi yang baru dan apa-apa yang tak biasa daripada tempat kita. Cara pandang dan cara berpikir kita pun akan menuju ke suatu arah yang lebih luas dan bijak.

Bamboo Forest, Kyoto Japan

Siapa yang tak suka berjalan-jalan kan? semua orang sudah tentu suka bepergian dan menikmati pemandangan yang belum pernah dilihat. Akan tetapi ada kalanya selama kita bepergian ni ada masalah suka dan duka yang mungkin tak pernah terpikir sebelum ini. Apalagi kalau bepergian agak jauh seperti ke luar negara. Sudah tentu banyak persiapan yang harus kita lakukan untuk berjalan. Jangan main terjah ye sahabat, sebab bagai pepatah mengatakan “lain padang lain belalang, lain sungai lain pulak ikannya”. Kita kena mempelajari sedikit sebanyak tentang daerah atau tempat yang akan kita kunjungi itu. Kita kena faham selok belok tempat tersebut agar tiada masalah yang akan timbul.

Untuk mendapatkan perjalanan yang menyenangkan dan dapat mengukir memori indah di ingatan, sudah tentu kita kena bersedia dan faham apa yang akan kita lalui. Berikut ini ada beberapa tips travel yang mungkin bermanfaat untuk sahabat semua yang boleh diterapkan apabila bepergian. Diantaranya iaitu:

  1. Bawalah dokumen penting anda, seperti passport jika anda bepergian ke luar negara. Atau Ic jika di dalam negara. Dokumen pengenalan diri amatlah penting di bawa kemana-mana anda pergi. Simpan elok-elok dan jangan sampai hilang mahupun koyak atau basah. Jika kad pengenalan diri anda hilang semasa perjalanan, anda perlu menghubungi pihak berwajib yang berkenaan dengan segera. Jika anda melakukan perjalanan ke luar negara dan passport anda hilang, anda harus datang ke kedutaan untuk memberitahu passport anda hilang dan anda akan diberikan passport sementara untuk dapat balik ke negara asal.
  2. Jika hendak melakukan perjalanan ke luar negara seperti Amerika, Eropah ataupun China, dapatkan Visa perjalanan bagi negara-negara ini. Anda boleh cek negara mana sahaja yang memerlukan kita memohon visa terlebih dahulu sebelum kita bertolak. Pastikan anda cek negara yang akan anda datangi.
  3. Ketahui sedikit sebanyak tentang destinasi yang akan kita datangi. Contohnya anda boleh ketahui iklim atau cuaca setempat, panas ke sejuk ke berangin ke. Ataupun budaya, adat setempat. Destinasi kita tu di diami oleh adat apa, bahasa apa dan lain sebagainya. Sekurang-kurangnya kita tahu nak menyesuaikan diri dengan situasi yang ada.
  4. Pastikan Destinasi yang akan di tuju. Berapa jauh dan transportasi apa yang ada di tempat berkenaan. Ini akan membantu anda memudahkan segala urusan perjalanan anda. Jangan sampai anda tercari-cari maklumat sesampainya disana tanpa pelajarinya sebelumnya.
  5. Pastikan anda sudah menempah tempat tinggal ataupun pengangkutan yang ada. Menempah awal akan lebih memudahkan anda agar tiada masalah kehabisan bilik hotel ataupun banyak pertanyaan pihak berwajib setempat semasa anda memasuki wilayah atau negara yang anda kunjungi. Biasanya sebahagian negara atau wilayah akan bertanya di pintu masuk perihal dimana anda akan tinggal dan sudah menempahnya atau belum. Jika anda sudah menempah lebih awal, ianya akan lebih memberikan keyakinan kepada pihak berwajib untuk menerima anda datang ke wilayah mereka. Contohnya sahaja di pintu kemasukan sempadan negara ataupun di airport.
  6. Buat jadual terperinci perjalanan anda dari awal sampai hari akhir anda pulang ke tanah air. Buat list perjalanan anda dari hari ke hari untuk memudahkan anda mengatur jadual perjalanan. Ini juga akan memudahkan anda untuk tetap ikut jadual dan tidak akan terlepas aktifit yang akan anda lakukan. Apabila ada plan 1 atau 2 lebih baik.
  7. Bawalah barangan yang diperlukan sahaja dan mencukupi. Jangan terlalu membawa barang yang berlebihan yang akan membuat anda hanya kehilangan tenaga kerana harus membawanya sedangkan barang itu tidak ada gunanya. List kan barang dan pakaian serta apa sahaja yang mungkin anda perlukan selama perjalanan anda. Sesuaikan pakaian dengan cuaca di tempat berkenaan. Contohnya kita memakai pakaian sejuk kerana pada masa itu adalah bersalji. Jadi kena persiapkan pakaian yang agak tebal agar kita nyaman dalam melakukan perjalanan.
  8. Jangan lupa untuk membawa vitamin dan ubat-ubatan yang mungkin anda perlukan semasa emergency seperti ubat demam, selsema atau ubat tahan sakit sementara anda mendapat rawatan doktor jika anda merasa tak sihat di perjalanan.
  9. Anda disarankan untuk mengambil insuran perjalanan ataupun travel insuran agar apabila terjadi sesuatu anda sudah bersedia. Contoh jika terjadi hal yang tak diinginkan semasa perjalanan  seperti kecelakaan ataupun seumpamanya, anda sudah ada plan insuran yang boleh membantu anda. Dan jika ada kehilangan bagasi amahupun barangan bawaan anda semasa perjalanan, sebahagian travel insuran boleh membantu anda untuk klaim balik kerugian anda. Jadi pilihlah travel insuran yang terbaik yang dapat melindungi anda semasa berada dalam perjalanan anda.
  10. Bawalah wang yang mencukupi untuk anda gunakan sepanjang perjalanan. Anda boleh juga membawa kredit kad mahupun debit kad untuk kegunaan anda selama perjalanan. Mungkin hal ini nampak sepele akan tetapi masing-masing negara tak sama. Kadang mereka hanya menerima tunai sahaja. Disebahagian tempat lain kadang mereka lebih banyak menggunakan kad kredit atau debit untuk trasaksi. Jadi sebaiknya anda rancang kewangan anda dengan baik.
  11. Jagalah sikap kita semasa di negeri orang. Jangan buat hal yang tak baik, walau bagaimana pun kita membawa nama negara jika kita pergi ke negara lain. Tunjukan yang kita adalah warganegara yang baik dengan bersikap baik dan tidak menggangu atau pun merusak benda-benda awam yang ada di destinasi kita pergi.
  12. Cipta kenangan bersama keluarga tersayang dan jadikan kenangan indah bersama itu menjadi pembakar semangat kita untuk boleh terbang tinggi lagi suatu hari nanti. Mana tahu selepas destinasi ini, kita akan pergi lebih jauh lagi ke destinasi lainnya. In sha Allah.

Kaknil rasa tips travel diatas cukup bermakna untuk anda semua. Mudah-mudahan bermanfaat untuk anda semua. Kaknil doakan semoga perjalanan anda kemana sahaja akan menjadikan anda lebih dewasa dan lebih bijaksana. Melihat keindahan alam adalah salah satu tanda kecintaan kita kepada Allah kerana dengan kita berjalan makin banyak ciptaan Allah yang boleh kita lihat. Dan tentunya ianya adalah satu nikmat yang amat luar biasa. Doakan juga kaknil dapat berjalan di bumi Allah ini ke sereta negeri bersama orang-orang tersayang kaknil ye sahabat.

Rizal Park Manila, Philipine

Terima kasih sudi singgah di blog kaknil. Mudahan-mudahan kita dapat manfaatnya bersama. In sha Allah.

Jom Dapatkan Insentif Shaklee Disini dan jadi Pengedar Shaklee Yang Sah.

>>>Klik Disini Untuk Belian >>>Saya NAK Beli Vivix  Shaklee Disini<<<

KakNil/ Firdaus No Phone +60176281787, Agen Shaklee Anda.

Anda boleh hubungi kami juga di Facebook dan juga instagram 

#NextLevelBlogging #Blogmegashaklee #ShakleeThrive2023 #ShakleeTriumph2023 #ResVShaklee  #VivixShaklee

Spread the love
Suri rumah sepenuh masa dengan 3 cahaya mata yang aktif berblog untuk berkongsi kebaikan untuk semua.

Related Posts

Menariknya Percutian Shaklee Tahun 2023 Ni

Dalam Shaklee ada hadiah percutian dalam dan luar negara yang diberikan kepada Shaklee Independent Distributor (SID) yang layak. Sudah tentu percutian ini amatlah dinanti-nanti dan amat berharga…

Spread the love

Tempat Mandi Sungai Terbaik Di Batangkali

Dalam kemeriahan berhari raya ini, mesti ramai yang mencari tempat beriadah bersama keluarga. Alang-alang bercuti kan? ada yang nak berjalan-jalan di kotaraya, bandaraya, shopping atau juga mungkin…

Spread the love

Leave a Reply