Sebagai wanita banyak hal yang kita buat dalam 24 jam masa kita sehari. Perasaan bercampur baur, kadang sedih, gembira dan sebagainya. Wanita tak lepas dari emosi perasaan dan juga ketidak keselesaan dalam pelbagai keadaan. Wanita juga sentiasa ingin tampil menawan dan juga cantik di mata siapapun. Agar semua pekerjaan yang dilakukan berjalan dengan lancar, kita kena buat sehabis baik setiap pekerjaan yang dilakukan dan jangan lupa juga untuk berdoa agar semuanya dirahmati dan diridhoi Allah Swt. Kena kita ingat bahawa doa adalah bentuk komunikasi kita dengan Allah yang menciptakan kita di dunia ini. Didalam Islam, doa bukan hanya sekedar ucapan, tetapi juga merupakan ungkapan hati yang tulus dan penuh keyakinan dan pengharapan. Berdoalah dengan ikhlas, memohon ampunan, bimbingan dan keberkahan dalam segala aspek kehidupan kita.
Berikut ini doa-doa yang boleh bantu kita tenang, lancar segala apa yang kita lakukan yang patut anda cuba amalkan setiap hari.




