Category Archives: Elakkan Obesiti Di Kalangan Kanak-Kanak

Kanak-kanak Alami Obesiti Hingga Pakai Baju Ayah

Dalam kehidupan zaman ini, obesiti bukan sahaja menjadi masalah kepada orang dewasa. Ianya juga sudah menjadi masalah kepada kanak-kanak. Bagaimana tidak, ibu bapa selalu menyediakan makanan yang  tinggi lemak dan kolesterol. Tak hairanlah sekarang ramai kanak-kanak memiliki kolesterol tinggi. Nak salah kan siapa dalam hal ini? Tentunya tak siapapun mahu disalahkan bukan? Gaya hidup yang serba pantas memaksa orang tua  memberikan makanan yang pantas dengan tinggal tekan sahaja, makanan pun akan sampai. 

gambar hiasan

Tetapi apakah anda semua tak pikir untuk dampaknya pada masa akan datang ? Silalah anda jawab sendiri ya. Ada satu ketika jiran saya berkongsi cerita yang anaknya pun boleh pakai baju ayahnya. Sangat drastik sekali kanak-kanak dah boleh pakai baju ayahnya. Ada juga pengalaman dulu semasa bekerja, anak bos saya pun besar sampai harus naik kereta yang besar setiap kali hendak bepergian dan juga menaiki pesawat harus menempah seat special kerana ukuran badan yang terlampau besar. Apakah mereka semasa kecil memang sudah besar? Tentu tidak, mereka pun dulu masa baby mempunyai tubuh normal sama dengan baby lain. Hanya masa pertumbuhan mereka sahaja yang memiliki tabiat pemakanan yang berbeza

makanan siap saji yang selalu jadi idaman kanak-kanak obes

Kanak – kanak  Obes berisiko menghidap penyakit kardiovaskularseperti kolesterol, tekanan darah tinggi dan pra kencing manis. Kanak-kanak dan remaja obes turut berisiko mendapat masalah tulang dan sendi, apnea tidur, masalah sosiap dan psikososial seperti rendah diri dan kurang keyakinan diri. 

Banyak faktor yang menyebabkan obesiti ini diantara yang paling kentara yaitu :

  • Nutrisi yang tak seimbang atau makanan dengan kadar banyak atau kurang
  • Kanak-kanak yang tak bersarapan dan jika mereka bersarapan dengan makanan proses, makanan proses seprti nugget dan sosej tidak mengandungi nutrien yang penting untuk kanak-kanak, malah makanan ini memabntutkan perkembangan mental kanak-kanak.
  • Sering mengambil makanan ringan seperti “junk food ” dan tidak mengambil buah-buahan atau sayur-sayuran.
  • Kurangnya bersenam atau melakukan aktiviti diluar rumah.
  • Tidak mengambil makanan tambahan seperti vitamin. 


sayur-sayuran dan buah-buahan penting untuk kanak-kanak

Oleh itu pentingnya untuk kanak-kanak mengamalkan gaya hidup yang sihat dan seimbang, disini peranan kita sebagai orang tua untuk mengarahkan mereka agar makan dengan mengikuti kaedah yang menyihatkan. Dan meakukan pergerakan badan dengan bersenam, amalkan pengambilan buah-buahan sebagai snek di waktu masa lapang. Jangan lupa mengambil makanan tambahan seperti  Omega Guard untuk kesihatan mereka dan perkembangan mental dan fizikal yang baik. 

makanan tambahan seperti minyak ikan baik untuk kanak-kanak obes

Betapa pentingnya kesihatan untuk kanak-kanak kita, oleh itu jangan lah kita abaikan keperluan pemakanan mereka dengan memberi makan yang tak berkhasiat kepada mereka dengan cara yang pantas melalui makanan ringan dan siap saji. Jangan sampai baju ayah boleh dipakai pulak oleh sianak kerana sangat gemuk dan besar. Begitu juga orang tua hendaknya menjadi contoh ikutan yang baik bagi anak-anak dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat dan seimbang. Ajaklah seisi kelurga untuk senantiasa menitik beratkan soal kesihatan tubuh badan. Bak pepetah mengatakan “dalam tubuh yang sihat ada jiwa yang kuat”. Tentunya dalam tubuh yang sihat itu terdapat minda yang cergas dan cerdas. 


Keluarga bahagia yang sihat dan cergas

Sampai disini dulu entry kali ini, mudah-mudahan bermanfaat untuk anda semua, khususnya iu bapa di luar sana yang memiliki anak bermasalah dengan berat badan.

 Anda mahu jadi ahli Shaklee dan nikmati potongan hebat 15%-20% Anda ingin mengetahui cara daftar Shaklee..?? Mudah sahaja… hanya klik sahaja disini :
 CARA JADI AHLI SHAKLEE SECARA PERCUMA

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. ————————————————— Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya ( whatsapp/wechat/sms) Qaseh Firdaus No . Phone : 0176281787 Fb page : barangan baby qaseh firdaus Email : [email protected]