Category Archives: Kanser Prostat Yang Ditakuti Lelaki

Bahaya Kanser Prostat Intai Lelaki

Tahap keseriusan kanser prostat boleh menentukan sejauh mana kanser tersebut telah merebak. Pengetahuan tentang tahap keseriusan kanser  ini membolehkan doktor pakar menentukan rawatan yang sepatutnya dijalani oleh pesakit tersebut.

Prostat ialah kelenjar bersaiz “walnut” terletak dibelakang penis, di depan rektum di bawah pundi kencing dan di sekeliling uretra. Uretra ialah saluran tiub yang membawa aur kencing dan air mani melalui zakar. Fungsi utama prostat ialah untuk menghasilkan cecair air mani. Cecair dalam air mani melindungi , menyokong dan membantu menyalurkan air mani. Prostat biasanya membesar bila usia lelaki meningkat tua. Ini dipanggil benign prostate Hyperplasia (Bph). Ia bukannya kanser walaupun gejala-gejala yang dihadapi adalah menyerupai dengan kanser prostat .


Gambar dari Google

Apa itu kanser prostat …?kanser prostat ialah ketumbuhan berbahaya yang bermula dari dalam kelenjar prostat . Ia merupakan kanser yang paling kerap berlaku dikalangan lelaki. Sesetengah kanser prostat membesar secara perlahan – lahan dan mungkin tidak menyebabkan masalah dalam beberapa tahun. Peringkat awal kanser prostat (juga dikenali sebagai  kanser prostat setempat) terletak diantara prostat . Peringkat awal kanser tidak menghasilkan gejala dan mungkin tidak  menjadi kanser dan tidak perlukan rawatan . Walaupun bagaimanapun sesetengah kanser prostat membesar dan merebak ke sekeliling prostat ini dipanggil kanser prostat yang teruk.

gambar diambil dari Google

Tanda-tanda awal kanser prostat

  • Kanser prostat di peringkat awal sering kali tidak menunjukkan apa-apa gejala. Apabila tanda-tanda muncul, ia mungkin melibatkan beberapa masalah berikut;
  • Sering membuang air kecil teeutamanya pada waktu  malam.
  • Kesukaran sewaktu mula membuang air kecil atau air kecil yang tertahan.Ttidak boleh mengeluarkan   air kencing
  • Aliran air kencing yang lemah atau tersekat-sekat
  • Kesakitan atau kepanasan semasa mengeluarkan   air kencing
  • Terasa sakit ketika kencing keluar
  • Terdapat darab dalam air kencing atau air mani
  • Sering mengalami kesakitan atau kekejangan dibahagian belakang, pingang atau paha.

Gambar diambil dari Google

Bagaimana mengesan kanser prostat

kanser prostat dapat dikesan dengan menjalani pemeriksaan prostat melalui rektum dan membuat ujian PSA dalam darah. Sekiranya tahap PSA tinggi, ujian biopsi dilaksanakan oleh pakar urologi untuk memastikan kehadiran kanser. Semasa ujian biopsi  pakar urologi akan mengambil contoh sel-selnprostat menggunakan jarum melalui rwktum setelah diberj jbat kebas. Contoh sel-sel ini akan dikaji oleh patologi, iaitu seorangdoktor yang pakar dalam kaji penyakit. Pakar patologi akan mengesahkan sama asa seseorang itu mempunyai kanser atau tidak.

Penyebab/ faktor risiko

Penyebab utama kanser prostat masih tidak diketahui dan juga tidak di ketahui bagaimana untuk mengelakkan kanser prostat. Faktor berikut boleh meningkatkan risiko pembentukkan kanser prostat.

  • Usia

risiko kanser prostat meningkat dengan usia, lebih-lebih lagi selepas umur 50 tahun . Lebih dari 80% kanser prostat didiagnosakan  pada lelaki berusia lebib dari 65 tahun .

  • Sejarah keluarga

risiko adalah lebih tinggi untuk mendapat kanser prostat jika mempunyai ayah atau adik beradik lelaki yang pernah mendapat kanser prostat

  • Hormon

paras testosteron (hormon seks lelaki ) yang tinggi mungkin mencepafkan pembentukan kanser prostat.

Bagaimana kanser prostat merebak ?

Kanser prostat merebak melalui saluran limfa dan darah. Kanser prostat kerap merebak ke tulang berbanding bahagian-bahagian  tubuh yang lain. Untuk mengenal pasti tahap kanser ujian ultrasound, scan tulang dan scan beekomputer untuk paru,abodemen dan pelvis dijalankan.
Kanser prostat merebak melalui 4 tahap. Ia dikenali pasti dari swgi saiz tumor, sama ada nod limfa di jangkiti atau tumor berkenaan merebak ke bahagian lain.
Tahap pertama kanser adalah kecil dan terletak didalam bahagian kelenjar prostat dan tiada gejala apabila pemeriksaan dijalankan.
tahap kedua , kanser masih dalam kelenjar prostat tetapi rasa bengkak boleh dirasai apabila pemeriksaan rektal dijalankan. Tahap seterusnya tahap ketiga, kanser pecah menembusi selaput prostat dan kemungkinan besar merebak ke pundi seminal dan pada tahap keempat, ia merebak ke pelvis ( tulang   pinggul), nod limfa atau bahagian lain sepeti tulang, hati atau paru-paru .

Rawatan
pembedahan dikenali prostatektomi yang biasa dijalankan bagi membuang bahan tersumbat pada uretra . Radioterapi bagi memnusnahkan sel kanser pada peringkat awal  kanser prostat . Kesan rawatan ini, pesakit mungkin mengalami mati pucuk, gangguan pembuangan air kecil dan saluran uretra menjadi sempit.

rujukan :
http://www2.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kanserprostattakkenalusia/MA/Article/index_html,http://www.myhealth.gov.my/,

Anda mahu jadi ahli Shaklee dan nikmati potongan hebat 15%-20% Anda ingin mengetahui cara daftar Shaklee..?? Mudah sahaja… hanya klik sahaja disini :
CARA MUDAH MENJADI AHLI SHAKLEE SECARA PERCUMA
 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. ————————————————— Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya ( whatsapp/wechat/sms) Qaseh Firdaus No . Phone : 0176281787 Fb page : barangan baby qaseh firdaus Email : [email protected]