Category Archives: Kes Buli Yang Berleluasa Dikalangan Pelajar

Gagal Bendung Gejala Buli Di kalangan Pelajar Sekolah

Belakangan ini  selalu kita dengar gejala buli semakin berleluasa dikalangan pelajar. Apakah yang menjadikan pelajar terbabit melakukan perkara yang sangat keji itu. Apakah orang tua dan guru disekolah kurang memantau atau sama sekali tak perduli dengan pelajar yang melakukan gejala buli ini ? Kes buli yang melibatkan pelajar sekolah bukanlah hal yang kecil kerana sudahpun mendapat perhatian seluruh masyarakat di Malaysia ini. Hal ini terjadi kerana gejala buli sudahpun melampui batas sehingga menyebabkan kematian.



kredit dari Google

Menurut Wikipedia ,ensiklopedia bebas mendefisinikan buli sebagai perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing  ini secara tidak langsung, menjadikan mereka yang lemah mematuhi atau menghormati  mereka yang kuat. Ada maksud lain yang menyatakan bahawa buli bermaksud tingkah laku agresif sama ada dalam bentuk fizikal atau psikologikal yang dilakukan secara berulang kali ke atas mangsa dan ia bertujuan mendatangkan perasan tidak selesa, aman, tenteram dan hormani. Secara keseluruhannya, perbuatan membuli merupakan perbuatan  tidak baik serta boleh membuatkan orang lain boleh menjadi mangsa serta boleh mendatangkan ketidakselesaan kepada orang lain.

hentikan gejala buli di kalangan kita mulai dari sekarang

Punca dari gejala buli ini semakin berleluasa di negara ini adalah kurangnya didikan agama dan perhatian dari keluarga. Dalam kehidupan sekarang ini, ibu bapa terpaksa bekerja keras untuk mendapatkan kehidupan yang layak. Menjadikan mereka terlalu sibuk sehingga tiada masa untuk mendidik anak-anak. Bagi keluarga yang berpenghasilan tinggi, penjagaan kanak-kanak  juga diserahkan kepada pengasuh ataupun pembantu dirumah. Ibu bapa seharusnya sedar penerapan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak lebih berkesan jika dididik dari awal. Ibu bapa yang terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing  tidak mempunyai masa yang cukup untuk kanak-kanak  mereka. Kelemahan ini membuatkan anak-anak  kurang mendapatkan pemantauan dan yang pada akhirnya kanak-kanak  itu akan bertindak sesuka hati.  Kurangnya didikan agama dan juga nilai-nilai murni menjadikan gejala buli ini adalah perkara biasa bagi mereka.


gambar diambil dari google

Faktor-Faktor Yang Mendorong Terjadinya Kes Buli

  • Biasanya pelaku kes buli ini mempunyai latar belakang keluarga yang bermasalah. Seperti ibu bapa yang bercerai, ibu bapa yang tiada masa luang untuk anak. 
  • Pernah menjadi mangsa buli,
  • Mereka yang tidak berjaya dalam pelajaran nakal dan mempunyai masalah disiplin, 
  • Terlalu dimanja oleh ibu bapa, 
  • Marah dan benci pada mangsa atas sebab disayangi guru atau sebab sebab tertentu,
  • Ingin menunjukkan kekuatan sendiri, 
  • Masalah emosi yang melampau-lampau.

Masalah yang timbul membuatkan mereka tertekan dan membebankan diri mereka. Akibat tidak dapat  menyelesaikan masalah yang dihadapi dan kekurangan pengetahuan dalam menangani tekanan telah menyebabkan mereka hilang kawalan keatas emosi mereka . Seterusnya mereka akan bertindak membuli orang lain sebagai salah satu cara bagi melepaskan tekanan.


Punca lainnya boleh jadi kerana media massa. Sering menonton television bergenre kekerasan dan memaparkan budaya samseng. Yang menjadikan pembuli mengikuti budaya tersebut. Lazim nya seorang pembuli berfikiran kurang matang dan gagal membezakan baik buruknya sesuatu tindakan. Sebaliknya mereka selalu terikut-ikut perangai rakan sebaya. Apabila individu itu tersalah memilih kawan maka tidak mustahil  ia akan terjerumus dalam gejala buli ini.

kredit gambar dari duniaitu.blogspot.com

Kesan buli ini apabila dewasa kelak kemungkinan pembuli akan jadi penjenayah dan bertindak agresif seperti merogol, merompak atau menjadi seorang pendera terhadap isteri. Kesan kepada mangsa pula mereka akan cenderung membalas dendam kepada orang lain. Yang tujuannya mengembalikan harga diri yang hilang akibat dibuli. Mereka akan mengalami kecederaan bahkan mungkin kematian. Mangsa akan hilang keyakinan diri, membiarkan diri diperlakukan apa sahaja, sanggup melakukan sesuatu demi membahagiakan orang lain, tidak mahu kesekolah sehinggakan ada yang sanggup mencederakan diri sendiri kerana merasakan diri mereka tak berguna.


kredit gambar dari kpjpc2.blogspot.com

Sebelum masalah ini menjadi lebih serius, langkah pencegahan harus segera di ambil agar gejala buli dapat segera diberantas dan tidak menjadi budaya dikalangan pelajar di negara kita ini. Ibu bapa haruslah memandang serius hal ini untuk sama-sama membantu mendidik anak-anak  agar tidak terjerumus dalam gejala buli ini. Peranan pihak sekolah dan orang tua amatlah penting agar mereka dapat memantau pelajar agar tidak membudayakan gejala buli ini. Kita juga harus memikirkan nasib mangsa buli kerana mereka bukan saja mendapat  kecedraan fizikal  malah turut menjejaskan emosi. Usaha meberantas gejala buli perlu ditangani sengan serius bagi mengelakkan kejadian yang tak diingini terus berlaku dan bermaharajalela.

Anda mahu jadi ahli Shaklee dan nikmati potongan hebat 15%-20% Anda ingin mengetahui cara daftar Shaklee..?? Mudah sahaja… hanya klik sahaja disini : 

 join ahli shaklee sekarang.png

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. ————————————————— Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya ( whatsapp/wechat/sms) Qaseh Firdaus No . Phone : 0176281787 Fb page : Qaseh firdaus Shoppe Email : [email protected]