Sakit Bersalin

Beberapa hari lagi genaplah usia anak keduaku berumur 3 bulan. Masih teringat lagi saat-saat genting masa nak bersalin hari tu. Singkat cerita pada persalinan kedua ini, agak berbeza dengan persalinan anak pertama dulu. Anak kedua ini agak mencabar proses persalinannya.

Pada kandungan kedua ini saya disahkan mengidap kencing manis oleh doktor. Tetapi kencing manis ini hanya berlaku ketika mengandung sahaja. Mungkin dikeranakan pembawakan bayi. Dengan rutin diet yang disarankan doktor, sayapun ikut semua apa yang boleh dan tak boleh di konsumsi. Ya semua itu tentunya untuk si buah hati yang sedang di kandung. Menderita kencing manis semasa mengandung memang sangat mencabar,  sebab tidak semua makanan dapat kita konsumsi.  Kesihatan bayi akan terpengaruh dengan keadaan ini apabila saya tidak melaksanakan diet yang disarankan doktor. Dek kerana kencing manis ini saya di sarankan doktor untuk bersalin berdasarkan tarikh yang telah ditentukan oleh UltraSound Scan yang dilakukan. Akhirnya saya dah dapat tarikh  due date baby, yaitu 7hari bulan 7 tahun 2014. Apabila lahir sebelum itu tidak masalah, tetapi tidak boleh lebih dari tarikh berkenaan. Dengan kata lain jika 6 hari bulan Juli,  saya belum bersalin lagi, maka esok paginya 7 hari bulan 7 itu harus ke hospital, dan terus masuk ward. Apapun yang terjadi saya harus bersalin hari itu juga.

Singkat cerita, masa pagi 6 hari bulan itu, saya belum merasakan apa-apa tanda. Suami saya mengajak saya berjalan- jalan bersama keluarga ke Genting Strawberry Farm dan menemani anak dan adik-adik saya bermain air di sungai Genting.  Tidak ada tanda-tanda lagi waktu itu. Walaupun saya rasa agak letih kerana banyak berjalan, tetapi tak ada satu tanda pun akan melahirkan. Sampai ke petang kami berjalan-jalan makan angin. Sampai akhirnya pulang ke rumah pukul 6 petang itu. Selepas mandi dan beristirehat sebentar saya duduk di atas kerusi dan terdengar suara azan magrib. Sambil bersembang dengan ibu dan adik, saya berkata esok pagi kita akan ke hospital dan harus bersalin esok juga. Selepas saya berbincang-buncang dengan ibu, saya terasa ada air yang keluar seperti air kencing yang tak boleh di kawal ataupun ditahan. Sambil ke bilik air saya berkata kepada suami, kita tak perlu esok ke hospital sebab air ketuban sudah pun mula turun. Mendengar saya berkata demikian adik saya dan ibu terkejut dan bergegas menghampiri saya dan memeriksa keadaan saya. Kami pun bersiap dan berangkat ke hospital. Waktu itu kami bertolak dari rumah selepas azan isya. Suami saya nampak panik dan menyalakan lampu kecemasan semasa perjalanan ke hospital.

Saat sebelum hari bersalin

Sesampai di hospital saya merasakn air ketuban semakin laju dan saya bergegas untuk masuk. Sakit semakin mula perlahan-lahan terasa. Waktu itu saya hanya teringat masa melahirkan anak pertama yang kejadian itu pun terjadi kurang lebih sama. Air ketuban pecah dahulu. Saya masuk ke dalam dan terlupa untuk bersalam dengan anak saya yang pertama dan juga adik-adik saya yang menunggu di lobby Hospital Selayang. Ya saya berpikir boleh kembali ke lobby nanti untuk melihat mereka sebentar. Tetapi sesampainya di dalam doktor memeriksa dan ternyata sudah 3 cm. Dan saya terus di masukkan ke labour room selepas mengambil darah. Rasa ingin keluar untuk melihat anak dan adik-adik saya, tetapi tidak diperbolehkan oleh misi. Saya rasa sedih. Tetapi dengan keberadaan ibu dan suami disisi, mereka memberikan semangat kepada saya agar kuatkan semangat dan jangan pikir hal yang bukan-bukan.

Kemasukan Ward

Semasa anak pertama dulu, saya tidak terus masuk ke labour room dan masih boleh keluar menemui keluarga. Tetapi kali ini saya terus masuk labour room dan diberikan beberapa suntikan untuk menahan rasa sakit, dan doktor berkata suntikan ini akan ada rasa mengantuk. Akhirnya saya tertidur dan tak ingat apalagi.  Saya terbangun dan saya melihat ramai doktor dan suami disebelah saya. Rasa mengantuk itu sangat kuat dan saya tak boleh menahannya. Disamping itu perut saya rasa sakit dan itulah sakit untuk bersalin. Sakit yang saya rasakan saat itu sangat lain dari bersalin yang terdahulu, sebab diiringi dengan rasa mengantuk yang amat sangat tak tertahan. Saya meneran dengan sedikit tenaga dan mengantuk. Saya tidak boleh menahan kantuk itu dan sudah mengecewakan semua orang yang ada, kerana saya tak meneran langsung. 

Hanya terdengar suara doktor dan suami yang menyuruh saya meneran dan berusaha sedaya upaya. Tetapi saya hanya ingin tidur saat itu walaupun rasa sakit hendak bersalin. Saya tak mampu melawan kantuk itu. Entah apa jenis obat yang diberikan doktor kepada saya sampai saya mengantuk yang amat sangat. Dengan semangat untuk melahirkan anak saya terusakan usaha dan doktor berkata kepada saya jika saya tak teran maka doktor akan buat pembedahan sesegera mungkin. Saya memang tak mahukan pembedahan, dengan bantuan suami saya mencuba untuk melawan kantuk itu. Alhamdulillah berkat doa semua akhirnya saya meneran dengan sekuat tenaga dan lahirlah puteri kedua saya di awal subuh itu. Sesuia dengan jadual yang due yang ditetapkan doktor yaitu pada 7 hari bulan julai 2014. Setelah menyusui sebentar akhirnya saya tertidur sampai pukul 9 pagi. Kerana ubat yang diberikan doktor saya menjadi sangat mengantuk. Sampai doktor menjahit pun saya tak ingat dan tak terasa.

Siti Humairah Muhammad Firdaus

Pengalaman bersalin kedua ini memang sangat mencabar bagi saya.  Kerana sangat berlainan sekali dengan anak pertama. Saya hanya merasakan kantuk yang amat sangat. Dan sangat keletihan. Walau bagaimanapun saya amat bersyukur kerana masih ditemani suami dan keluarga pada persalinan kali ini. Terima kasih kepada doktor-doktor dan missi yang memberikan layanan yang sangat baik sekali kepada saya sepanjang saya berada di hospital.  Dalam dua hari saya pun dibenarkan pulang ke rumah. Semua berjalan lancar dan alhamdulillah saya ucapkan kerana Allah memberikan puteri-puteri yang cantik kepada saya.

Buah hatiku

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. ————————————————— Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya ( whatsapp/wechat/sms) Qaseh Firdaus No . Phone : 0176281787 Fb page : barangan baby qaseh firdaus Email : [email protected]

Spread the love
Suri rumah sepenuh masa dengan 3 cahaya mata yang aktif berblog untuk berkongsi kebaikan untuk semua.

This Post Has 2 Comments

  1. Kesakitan semasa bersalin memang tak boleh digambarkan….terima kasih kepada ibu yang telah melahirkan kami…hanya Allah lah yang boleh membalas semua pengorbananmu melahirkan kami…

Leave a Reply

%d