Semua Tentang Shaklee

Bahaya Batu Karang Mengancam Anda

Kebanyakan dari kita lengah untuk menjaga kesihatan. Dengan makan terlalu banyak mengikuti hawa nafsu bukan mengikuti keperluan tubuh badan. Kebanyakan makanan yang kita ambil ialah makanan lazat dan tak memenuhi ciri makanan yang sihat. Yang akhirnya menimbulkan banyak masalah kesihatan. Ramai dari kita sakit bukan kerana tak cukup makan tetapi kerana terlebih makan. Itu kerana terlalu kurangnya kesadaran untuk mengambil makanan yang sihat.  Jika ada kesedaran sekalipun ianya kadangkala diketepikan demi memenuhi tuntutan nafsu makan biarpun tahu makanan berkenaan boleh memudaratkan.

Pihak perunding Urologi, Dr Warren Lo Hwa Loon berkata, tanpa disedari makanan yang kita makan kerana keenakkannya atau diambil kerana inginkan khasiatnya sebenarnya boleh mengundang penyakit jika diambil secara berlebihan.
Buah pinggang berperan sebagai alat penapisan bahan toksik. Mineral dan garam asid dalam air kencing boleh termendap di dalam organ berkenaan.  tubuh seseorang kekurangan air, bahan ini boleh membentuk kristal dan seterusnya menjadi batu karang. Biasanya batu karang terbentuk ginjal, tetapi kadangkala ia boleh beralih atau jatuh dan tersangkut di dalam saluran buah pinggang (ureter) dan ini akan menyebabkan buah pinggang tersumbat

Biasanya seseorang rasa sakit disebabkan

  • Batu karang besar yang menyumbat buah pinggang
  • Buah pinggang tersumbat disebabkab batu yang tersangkut di saluran buah pinggang
  • Kencing kotor yang bertukar  menjadi nanah apabila berkumpul dengan lama dalam buah pinggang yang tersumbat

Jenis batu karang

  • Kalsium
  • Asid urik
  • Struvite (batu  magnesium ammonium fosfat)
  • Cystine

Batu karang

90% batu karang boleh dikesan dengan x-ray abdomen. Ini biasanya didikuti dengan siri x-ray yang diambil selepas sejenis pewarna di suntik ke dalam badan. Prosedur yang dikenal sebagai intravenous pyelogram (ivp) ini digunakan untuk melihat pada paras mana batu karang tersebut berada dan kemungkinan adanya halangan.ujian ultrasound pun akan diadakan jika batu karang disyaki tetapi tidak dapat dilihat dengan x-ray. Kaedah yang lebih tepat adalah dwngan imbasan ct (ct scan) abdomen,  tetapi ini hanya ada di hospital yang besar sahaja.

Jika anda telah ada batu karang, anda mempunyai risiko untuk pembentukkan batu karang lagi.pesakit dinasihatkan untuk meminum sekurang-kurangnya 2-3 liter air untuk memastikan diri mereka cukup air dan mencairkan air kencing mereka. Panfuan yang baik adalah apabila kencing, warnaya jernih seperti air. Nasihat ini lebih penting kita di iklim yang panas ini.

batu karang menyerang ginjal pesakit

Perubahan dalam pemakanan mungkin diperlukan untuk mencegah pembentukan batu karang. Diet yang kaya dengan protein mungkin akan meningkatkan pengeluaran kalsium oxalate dan asid urik dalam air kencing. Pesakit yang mempunyai batu jarang jenis asid urik dinasihatkan untuk mengurangkan makanan yang kaya sengan purine sepwrti daging merah, makanan laut dan alkohol. Tidak ada halangan  untuk mengambil makanan tenjsu yang kaya dengan kalsium untuk mencegah batu karang jenis kalsium, tetapi biarlab bersederhana. Makanan ssperti coklat, kopi dan bayam kaya dengan oxalate dan patut dikurangkan pengambilannya utnuk mencegah pembentukan batu karang jenis kalsium dan asid urik.ubat allupurinol mungkin berguna bagi yang masih mempunyai masalah batu karang jenis asid urik biarlun dengan mengawal makanan  ini biasanya dengan kombinasi ubat untuk mengurangkan keasidan air kencing.

Rujukan :
http://www.urology-malaysia.org/, http://www.kidney.niddk.nih.gov/, http://www.myhealth.gov.my/,

Anda mahu jadi ahli Shaklee dan nikmati potongan hebat 15%-20%

Anda ingin mengetahui cara daftar Shaklee..??
Mudah sahaja… hanya klik sahaja disini :

  CARA JADI AHLI SHAKLEE SECARA PERCUMA

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
—————————————————

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya ( whatsapp/wechat/sms)

Qaseh Firdaus
No . Phone : 0176281787
Fb page : barangan baby qaseh firdaus
Email : ct_rania@yahoo.com

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwitterlinkedinrssyoutube

7 Comments

    1. admin Author

      Batu karang penyakit senyap tapi menyakitkan…kebanyakan yang mengalaminya ialah lelaki kerana mereka selalu menahan kencing. Batu karang sangat berbahaya, oleh itu harap perkongsian kali ini dapat jadi ingatan dan pelajaran untuk kita semua. Terima kasih kak ain sudi melawat blog saya…

      Reply

Leave a Reply to ummu hanan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam