Kebanyakan dari kita lengah untuk menjaga kesihatan. Dengan makan terlalu banyak mengikuti hawa nafsu bukan mengikuti keperluan tubuh badan. Kebanyakan makanan yang kita ambil ialah makanan lazat dan tak memenuhi ciri makanan yang sihat. Yang akhirnya menimbulkan banyak masalah kesihatan. Ramai dari kita sakit bukan kerana tak cukup makan tetapi kerana terlebih makan. Itu kerana terlalu kurangnya kesadaran untuk mengambil makanan yang sihat. Jika ada kesedaran sekalipun ianya kadangkala diketepikan demi memenuhi tuntutan nafsu makan biarpun tahu makanan berkenaan boleh memudaratkan.
Pihak perunding Urologi, Dr Warren Lo Hwa Loon berkata, tanpa disedari makanan yang kita makan kerana keenakkannya atau diambil kerana inginkan khasiatnya sebenarnya boleh mengundang penyakit jika diambil secara berlebihan. Buah pinggang berperan sebagai alat penapisan bahan toksik. Mineral dan garam asid dalam air kencing boleh termendap di dalam organ berkenaan. tubuh seseorang kekurangan air, bahan ini boleh membentuk kristal dan seterusnya menjadi batu karang. Biasanya batu karang terbentuk ginjal, tetapi kadangkala ia boleh beralih atau jatuh dan tersangkut di dalam saluran buah pinggang (ureter) dan ini akan menyebabkan buah pinggang tersumbat
Biasanya seseorang rasa sakit disebabkan
- Batu karang besar yang menyumbat buah pinggang
- Buah pinggang tersumbat disebabkan batu yang tersangkut di saluran buah pinggang
- Kencing kotor yang bertukar menjadi nanah apabila berkumpul dengan lama dalam buah pinggang yang tersumbat
Jenis batu karang
- Kalsium
- Asid urik
- Struvite (batu magnesium ammonium fosfat)
- Cystine
90% batu karang boleh dikesan dengan x-ray abdomen. Ini biasanya didikuti dengan siri x-ray yang diambil selepas sejenis pewarna di suntik ke dalam badan. Prosedur yang dikenal sebagai intravenous pyelogram (ivp) ini digunakan untuk melihat pada paras mana batu karang tersebut berada dan kemungkinan adanya halangan. Ujian ultrasound pun akan diadakan jika batu karang disyaki tetapi tidak dapat dilihat dengan x-ray. Kaedah yang lebih tepat adalah dengan imbasan ct (ct scan) abdomen, tetapi ini hanya ada di hospital yang besar sahaja.

Jika anda telah ada batu karang, anda mempunyai risiko untuk pembentukkan batu karang lagi. Pesakit dinasihatkan untuk meminum sekurang-kurangnya 2-3 liter air untuk memastikan diri mereka cukup air dan mencairkan air kencing mereka. Sebaiknya apabila kencing, warnanya jernih seperti air. Perubahan dalam pemakanan mungkin diperlukan untuk mencegah pembentukan batu karang. Diet yang kaya dengan protein mungkin akan meningkatkan pengeluaran kalsium oxalate dan asid urik dalam air kencing. Pesakit yang mempunyai batu karang jenis asid urik dinasihatkan untuk mengurangkan makanan yang kaya dengan purine seperti daging merah, makanan laut dan alkohol.
Tidak ada halangan untuk mengambil makanan tenusu yang kaya dengan kalsium untuk mencegah batu karang jenis kalsium, tetapi biarlah bersederhana. Makanan seperti cokelat, kopi dan bayam kaya dengan oxalate dan patut dikurangkan pengambilannya untuk mencegah pembentukan batu karang jenis kalsium dan asid urik. Ubat allupurinol mungkin berguna bagi yang masih mempunyai masalah batu karang jenis asid urik biarpun dengan mengawal makanan ini biasanya dengan kombinasi ubat untuk mengurangkan keasidan air kencing.
Rujukan :
http://www.urology-malaysia.org/, http://www.kidney.niddk.nih.gov/, http://www.myhealth.gov.my/,