Umum

Bahaya Mee Segera Yang Anda Tak Ketahui

Pada zaman yang serba siap saji ini, ramai dari kita yang tak terlalu pentingkan kesihatan tubuh badan. Seperti gemar memakan makanan siap saji contohnya. Dek kerana tiada masa nak masak dan selalu sibuk dengan pekerjaan, membuatkan ramai ibu-ibu dirumah memberikan mee segera untuk anak mereka makan. Kadang-kadang ada yang membeli mee segera dengan kuantiti banyak untuk persediaan selama sebulan.
Tahukah anda kandungan yang terdapat dalam mee segera? Mee segera dibuat dari tepung, minyak masak, garam dan beberapa bahan aditif seperti natrium polifosfat (yang berfungsi sebagai pengemulsi/ penstabil), natrium karbonat dan kalium karbonat yang berfungsi sebagai pengatur asam. Selain itu, mee segera juga ditambahkan zat perwarna kuning (tartrazine).

Bahaya-mee-segera-untuk-tubuh-badan-kita
Mee segera nampak sedap tapi berbahaya

Selain mee itu sendiri ada lagi bumbu yang banyak mengandung garam, chili dan bunbu-bumbu lain. Bumbu mee segera juga tak lepas dari zat aditif makanan seperti MSG ( monosodium glutamat) yang berfungsi sebagai penguat rasa. Kandungan-kandungan merbahaya tersebut sangat tidak baik bila dikonsumsi oleh tubuh. Apalagi jika kita selalu mengambil mee segera dengan waktu yang lama dan dengan kerap.  pasti pelbagai penyakit mudah menyerang tubuh badan kita.

Bukan untuk menakut-nakuti, tetapi alangkah baiknya jikalau kita memilih makanan sihat sebagai menu harian kita dan seisi keluarga. Kita masih boleh menyediakan makanan yang kaya akan zat dan vitamin. Contohnya sayur-sayuran dan makanan yang mengandungi protin. Apabila kita selalu mengkonsumsi mee segera maka bahaya akan kesihatan tubuh badan kita. Kerana boleh jadi ianya akan menjadi pembunuh senyap dalam kehidupan kita.

sayuran baik untuk kesihatan
sayuran baik untuk kesihatan

Penyebab kanser

Mee segera yang beredar sekarang ini cukup membahayakan. Apabila kita selalu mengkonsumsi setiap hari akan besar peluang terkena kanser. Seperti kanser usus, kanser hati atau leukimia. Bumbu dalam mee segera juga boleh membuatkan kita terkena kanser kerana mengandungi banyak zat aditif seperti MSG. Beberapa penyakit yang boleh dialami jika kita terlalu banyak dan gemar mengkonsumsi mee segera, diantaranya iaitu;

  • Keracunan, bahaya makan mee segera ini salah satunya keracunan makanan. Ada beberapa orang yang tak tahan dengan MSG, lalu merasa pening dan sesak nafas. Namun penyakit ini tidak terlalu serius kerana akan sembuh setelah 2-3 jam kemudian.
  • Kerusakan jaringan otak, mengkonsumsi mee segera terus-menerus sama dengan memupuk zat-zat kimia berbahaya ke dalam tubuh dan risikonya boleh merusak sel-sel jaringan otak. Akibatnya akan terjadi penurunan transmisi signal dalam otak. Selain itu kerusakan jaringan sel otak juga akan memicu terjadinya penyakit-penyakit lain seperti stroke atau kelumpuhan.
kanser usus boleh disebabkan oleh mee segera
Kanser usus boleh disebabkan kerap mengambil mee segera

Untuk mengurangkan pengambilan mee segera, berikut ini ada beberapa tips yang boleh anda ikuti;

  • Buat jangka masa. Seandainya anda tak boleh menghentikan tabiat anda memakan mee segera, anda boleh mengurangkan pengambilannya. Contohnya anda boleh mengambil sekali dalam 3 hari. Agar mee segera yang sudah ada dalam perut anda dapat dicerna dengan baik oleh tubuh.
  • Saat memasak mee segera, cuba anda tiriskan dan bilas. Untuk mee segara yang berkuah atau sup, setelah mee masak, jangan langsung memasukkan bumbu. Tiriskan dahulu mee itu dan buang sisa air rebusan. Untuk kuah anda boleh memakai air panas yang baru. Untuk mee segera goreng,  setelah mee masak tiriskan terlebih dahulu dan bilas dengan air bersih yang sudah matang. Semua ini dilakukan untuk menetralisir masuknya zat lilin kedalam tubuh.

 

Selain itu, ada sebagian dari kita yang lebih suka memakan mee yang belum di masak. Ini juga perlu berhati-hati kerana bahaya makan mee segera yang belum masak lebih bahaya daripada yang sudah di masak.
Kerja organ akan lebih kuat kalau kita selalu mengkonsumsi mee segera dalam keadaan setengah matang.
Pada bumbu mee segera juga terdapat kandungan berbahaya jika dimasak dengan suhu yang tinggi. Untuk mengurangi bahayanya biasanya mencampurkan bumbu dengan mee segera dengan keadaan api sudah di tutup.
Belajarlah hidup sihat, semua jenis makanan haruslah meyihatkan tubuh badan agar dapat senantiasa  sihaf dan ceria, jauh dari pelbagai penyakit. Ternyata hidup sihat tak lah mahal. Lebih baik membudayakan kehidupn yang sihat dan seimbang. Apabila kita terasa lapar, usahakan menjauhi mengkonsumsi mee segera.  Gantilah dengan roti atau  makanan sihat yang lainnya.

air-jus
Minum air buah sangat bermanfaat untuk kesihatan

 

Garlic Bread sesuai untuk breakfast sihat
Garlic Bread sesuai untuk breakfast sihat

 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Facebooktwitterredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwitterlinkedinrssyoutube

3 Comments to “Bahaya Mee Segera Yang Anda Tak Ketahui”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam