Aneka Resepi Uni

Sedapnya Makan Apam Beras Di Kala Hujan Turun

Musim hujan selalunya perut asik lapar saja. Bagaimana kalau kita buat makanan untuk mengisi kekosongan di waktu hujan ini. Kebetulan disini sering kali hujan, tak siang, tak malam mesti hujan. Nah kalau kita ada peneman saat hujan kan best. Contohnya makan apam sambil menghirup secawan CINCH ENERGY MIX, pastinya sangat sedap sekali. Pada kesempatan ini saya akan berkongsi resepi apam beras untuk anda semua.

20140602_175206

Pertama  kita harus menyediakan beberapa bahan-bahan nya seperti :
Apam beras yang selalu kita buat biasanya kena perap lama dan menggunakan air kelapa. Tetapi kali ini saya nak mencuba perap sejam sahaja dan tak perlu air kelapa. Baiklah kita mulakan sahaja ya resepinya.

kukus dalam kukusan seperti ini
kukus dalam kukusan seperti ini

3 cawan tepung beras2 cawan nasi putih di blender dengan 3 cawan air

  • 1 cawan tepung  gandum
  • 1 1/2 cawan gula
  • 1 paket mauripan

 

20140602_174630
Anda boleh letak warna ikut cita rasa anda

Gaul semua bahan dan perap selama 1 jam. Kalau nak nak perap lama pun boleh jugak, tiada masalah, terpulang kepada cita rasa anda masing-masing. Setelah adunan tadi naik, kacau sampai adunan sebati kembali dan letak pewarna makanan berwarna dan masukkan sedikit ke tempat yang terpisah untuk membuat warna yang lain. Terpulang kepada anda warna apa yang anda suka. Setelah itu anda boleh oles acuan dengan sedikit minyak masak agar apam tidak melekat. Acuan yang anda gunakan boleh menggunakan   acuan seperti acuan lompang atau yang lainnya. Lalu setelah anda masukkan dalam acuan yang sudah di oleh minyak masak tadi. Malau nak menggunakan   loyang pun boleh. Kukus dalam 1/2 jam ataupun 45 mi it. Setelah 45 minit tutup   api dan cek apam anda.  Nasihat saya kepada anda yang tak nak bau hanyir tu, anda boleh letak essen vanilla yer.


Sangat mudah dan simple bukan…selamat mencuba…!!!!

 

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail
Facebooktwittergoogle_pluslinkedinrssyoutube

4 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam