Gulai Cubadak, Masakan Urang Awak

Alhamdulillah lepas dah makan siang hari ini, makan dengan “gulai cubadak urang minang“. Memang mengangkat selera kita. Ya laa…dah lama tak makan makanan yang berasal dari nenek moyang. Biasanya gulai cubadak ini dinikmati dengan beberapa potong lontong dan di letakkan sedikit keropok di atasnya. Bagi masyarakat minang, lontong gulai cubadak  memang makanan yang wajib setiap hari. Khususnya di waktu pagi untuk sarapan bersama segelas teh o.  Tetapi di zaman modern sekarang gulai lontong cubadak sudah agak jarang ditemui kerana mungkin susah untuk mendapatkan cubadak atau nangka ini.

Apakah anda tahu cara memasak gulai cubadak..? Mungkin sebagian besar dari anda, ada yang tak tahu membuatnya kan…al maklumlah lain padang ..lain ilalang…lain tempat..lain caranya…betul kan.? Nah dalam entry kali ini saya rasa ingin berkongsi masakan pula dengan anda semua. Yaitu gulai cubadak atai gulai nangka. Caranya memasaknya sebenarnya mudah saja. Hanya kadang-kadang agak lama kerana proses masak nangka atau cubadak  saja. Sebelum memasak, kita harus memilih nangka yang baik dan muda. Kerana apabila anda memilih nangka yang tua, rasanya tidak akan sedap. Perlu mengambil nangka yang muda agar hasil masakan akan sedap dan cepat dimasak.

Diantara bahan-bahan yang perlu anda sediakan yaitu:

Nangka /cubadak
Santan
Tulang lembu/ ayam
Minyak masak untuk menumis

Daun limau
Daun kunyit
Serai

Bumbu yang harus dihaluskan/ di blend
Halia
Lengkuas
Bawang merah
Bawang putih
Kunyit
Chili merah
Chili padi merah
Ketumbar

Garam secukupnya
Penyedap secukupnya

Cara memasak:

Pertama sekali anda tumis bahan-bahan yang sudah di haluskan/di blend tadi. Tumis sampai naik harum dan pecah minyak. Dan masukkan semua daun kunyit, daun limau dan serai. Lalu masukkan nangka tadi dan air rebusan tulang/ayam sampai nangka tadi terendam. Tutup dengan rapat lalu masak sampai nangka/cempedak lembut. Apabila nangka dah lembut, anda boleh masukkan santan dan perasa seperti garam dan juga penyedap. Biarkan sampai  nangka betul-betul lembut dan angkat. Sajian gulai cubadak anda sudah siap untuk dimakan bersama nasi ataupun lontong.

Saya harap perkongsian saya kali ini, dapat bermanfaat untuk anda semua. Aamiin….

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. ————————————————— Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya ( whatsapp/wechat/sms) Qaseh Firdaus No . Phone : 0176281787 Fb page : barangan baby qaseh firdaus Email : [email protected]

Spread the love
Suri rumah sepenuh masa dengan 3 cahaya mata yang aktif berblog untuk berkongsi kebaikan untuk semua.

Related Posts

Inspirasi Dan Kata-Kata Motivasi Untuk Berjaya

Sebagai manusia, kita memang tidak lepas dari rasa rendah diri, tak merasa bagus dan tak percaya diri. Apalagi jika apa yang kita lakukan tak begitu menggembirakan hati….

Spread the love

Kisah Rumah Terbuka Kami Di Hari Raya 2023

Assalamualaikum sahabat, tak terasa dah hampir setengah bulan Syawal hari ini. Bagaimana hari raya anda semua? Sempat tak beraya bersama keluarga dan kawan-kawan semua? Macam kaknil sekeluarga…

Spread the love

Apakah Penyakit Tibi Itu?

Tibi merupakan sejenis penyakit berjangkit merbahaya yang boleh membawa maut sekiranya tidak mendapat rawatan yang sempurna. Penyakit ini disebabkan oleh kuman Tibi ( Tubercle Bacilli) yang biasa…

Spread the love

Idea Menu Sahur Sihat Ala Kaknil Yang Patut Anda Cuba

Tak terasa hampir memasuki minggu kedua kita berpuasa. Apakah anda masih ada idea untuk menyediakan menu sahur sihat setiap hari? Apapun menu sahur anda, pastikan ianya makanan…

Spread the love

3 Bahan Penting Yang Berikan Warna Di Dalam Buah Dan Sayur Yang Anda Ambil Setiap Hari

Buah dan sayur banyak membantu dalam mencegah penyakit dan meningkatkan daya tahan badan. Tetapi tahukah anda bahawa warna pada buah dan sayur juga memberi gambaran kepada jenis…

Spread the love

9 Sebab Kenapa Bisnis Komuniti Shaklee Sangat Best

Sebelum ni Kaknil tak pernah terbayangkan akan menjadi sebahagian daripada komuniti bisnis shaklee. Selepas join Shaklee, baru Kaknil rasa kelainannya ternyata banyak kelainan juga dalam Shaklee ni….

Spread the love

This Post Has 3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *